dikendalikan oleh TM
MCMC
PI
Padang Besar Selatan, Perlis
  • Utama
    • Mengenai NADI
  • Maklumat Setempat
    • Maklumat Komuniti
    • Rekreasi & Pelancongan
    • Kemudahan Awam
    • Pendidikan
    • Kisah Kejayaan
    • Keusahawanan
  • Jadual Latihan & Aktiviti
  • Galeri
  • Soalan Lazim
    • Soalan Lazim NADI
    • Soalan Lazim KTW
  • Hubungi Kami
  • facebook

Taklimat KDB dan Saringan Kesihatan KOSPEN Kg Padang Besar (s)

8 Disember 2018 | Aktiviti Terkini

Pada 07 Disember 2018, telah berlangsung Program Taklimat KDB dan Saringan Kesihatan KOSPEN bertempat di Dewan KOSPEN Kg Padang Besar Selatan, Kuala Perlis. Program ini merupakan anjuran KOSPEN Kg Padang Besar Selatan. Program ini bermula jam 8.00 pagi sehingga 9.00 pagi.

Program "Komuniti Sihat Pembina Negara" (KOSPEN) adalah inisiatif yang telah dicetuskan oleh YB Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Seri S. Subramaniam pada Julai 2013 dalam usaha menangani masalah peningkatan bebanan Penyakit Tidak Berjangkit (Non Communicable Disease, NCD) di negara ini. Inisiatif ini merupakan satu transformasi perkhidmatan kesihatan awam dalam usaha meningkatkan mutu kesihatan rakyat Malaysia melalui pemerkasaan serta peluasan penglibatan masyarakat dalam program kesihatan awam dengan menggabungkan mekanisma kerajaan sedia ada terutamanya di peringkat akar-umbi.

Sepanjang program ini berlangsung pelbagai aktiviti telah diadakan seperti , pemeriksaan kesihatan percuma dan taklimat KDB. Aktiviti seperti ini dapat membantu untuk mempromosikan Pusat Internet kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pembelajaran.


Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali
© Semua Hakcipta Terpelihara.